Kimpalan gas
Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan
logam dengan kaedahmemanaskan kedua-dua bahagian
logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantummenjadi satu. Pada awal kurun kedua puluh manusia telah
mengetahui cara menyambung logamdengan memanaskan dua batang logam hingga merah menyala dan seterusnya
impak yang kuatdikenakan ke atas kedua-duanya
sehinggalah kedua-duanya bercantum menjadi satu. Proses inidipanggil sebagai kimpalan tempa. Kaedah ini telah
diperbaiki dari masa kesemasa seiringdengan perkembangan teknologi sehinggalah kaedah terkini kimpalan gas
telah dapat kita semuagunakan sekarang ini.
Kimpalan Gas adalah satu cabang daripada kerja
kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang industri terutamanya dalam bidang fabrikasi
logam. Ini adalah kerana kimpalan gasadalah didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh
bidang kerja yangmelibatkan proses kimpalan
gas ialah kerja membaik pulih badan kenderaan serta kerja-kerjafabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam nipis
Terdapat dua jenis
kimpalan gas iaitu:
1.Kimpalan gas tekanan
rendah.
2.Kimpalan gas tekanan
tinggi.
Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa
gas asetilina yangmempunyai tekanan kurang dari 1.0psi atau 1.0Bar.
Manakala kimpalan gas
tekanan tinggimenerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai
tekanan dari 1-15psi atau 1-15Bar.Kegunaan kimpalan gas dalam industri.Dalam
bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam
yangmelibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm
sehingga 3.0mm.Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang
melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan
kenderaan yang rosak. Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja
kimpalan gas adalah oksigen(O ) dan asetilina (C H ). Campurankedua-dua gas
menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahan api yang
lainnya.Suhunya boleh mencapai sehingga 3316 celcius
Gas OksigenGas oksigen
tidak mempunyai warna , rasa dan bau. Ia juga merupakan sejenis gas yang
dapatmembantu dalam proses pembakaran dan juga merupakan gas aktif yang boleh
bertindakbalas keatas logam yang menyebabkan pengoksidanan berlaku ke atas
logam berkenaan. Contohnya, pengkaratan ke
atas keluli.Gas oksigen boleh
dihasil melalui beberapa kaedah, iaitu:
1.Kaedah penyulingan udara
(pemeringkatan udara)
2.Kaedah elektrolisis
Seterus
tekanan akan akan di kurangkan sedikit demi sedikit dimana oksigen dalam bentuk
cair akan bertukar menjadi gas lalu ditabungkan. Begitulah bagi gas-gas
yang lainnya akan bertukar menjadi gas apabila tekanan dikurangkan dan
ditabungkan untuk kegunaan yang lain.
Kaedah penyulingan
udara adalah satu kaedah yang dilakukan secara komersial. Ianya dilakukan
melalui proses pengasingan oksigen daripada udara yang dipanggil proses
penyulingan udara cair yangtermampat pada ketekanan 206 bar (3000psi) iaitu
pada suhu 160 celcius.Kaedah elektrolisis adalah satu proses penghasilan gas
oksigen yang diperolehi melalui aruselektrik di dalam air. Proses ini sangat
mahal dan tidak ekonomi untuk dikomersialkan. Gasoksigen akan disimpan
dalam silinder keluli yang berwarna hitam dan lebih tinggi
daripadasilinder asetilina. Ianya tidak bersambung dan berupaya menahan
tekanan setinggi 3360 psi.Kerja-kerja kimpalan ini boleh mendatangkan
kecederaan kepada pengimpal sekiranya kerjakimpalan tidak dilakukan dengan
berhati-hati. Kecederaan ini boleh dielakkan jika pengimpalmemakai pakaian yang
sesuai seperti pelindung mata, muka, kasut dan jaket khas.
Mengimpaldibilik yang tidak ada pengudaraan yang cukup
tidak digalakkan. Pengimpal hendaklahmemastika semua kabel dan penyambungan
terutamanya pemegang elektrod ada penebat yang baik. Terdapat dua jenis
pelindung muka iaitu pelindung muka jenis tangan dan pelindung muka jenis
kepala
PERALATAN KESELAMATAN

Terdapat dua jenis
pelindung muka iaitu pelindung muka jenis tangan dan pelindungmuka jenis
kepala.
Pelindung muka diguna
untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari terkena percikan arka.
Pelindung muka juga
melindungi pengimpal dari pancaran ultra voilet yang bolehmembahayakan mata.
KASUT KESELAMATAN
Gunakan kasut yang
bertutup dan bergetah untuk mengelakan daripada licin.
Untuk mengelakan terkena
percikan api di kaki dan melecur
Kasut keselamatan
digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripadagetah pada
bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam.
SARUNG TANGAN
Melindungi bahagian
tangan daripada terkena benda panas dan melecur.
Ia digunakan untuk
melindungi daripada hazard haba, haba kering dan api

APRON
Untuk melindungi
bahagian badan daripada haba panas dan mencegah kulit daripadaterbakar.
Diperbuat daripada bulu
kambing, kulit, fabric getah, neoprene dan plastik, fabrik beralas plumbum
dan fabrik kapas berkait.
GOGEL
Mengelakkan percikan api
daripada terkena mata.
Melindungi pengimpal
dari pancaran ultra voilet yang boleh membahayakan mata.

AMALAN KESELAMATAN DAN
PERATURAN
i.Pemakaian dan penampilan
diri yang sesuai
ii. -Peka dan patuh pada arahan
iii.Laksanakan setiap
aktiviti amali mengikut prosedur dan dibawah pemerhatian pakar iv.Pastikan keselamatan
diri dan rakan-rakan diutamakan