Ammar Time

Isnin, 24 September 2012

KIMPALAN GAS








Kimpalan gas

Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logam dengan kaedahmemanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantummenjadi satu. Pada awal kurun kedua puluh manusia telah mengetahui cara menyambung logamdengan memanaskan dua batang logam hingga merah menyala dan seterusnya impak yang kuatdikenakan ke atas kedua-duanya sehinggalah kedua-duanya bercantum menjadi satu. Proses inidipanggil sebagai kimpalan tempa. Kaedah ini telah diperbaiki dari masa kesemasa seiringdengan perkembangan teknologi sehinggalah kaedah terkini kimpalan gas telah dapat kita semuagunakan sekarang ini.

Kimpalan Gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang industri terutamanya dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gasadalah didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yangmelibatkan proses kimpalan gas ialah kerja membaik pulih badan kenderaan serta kerja-kerjafabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam nipis

Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu:

1.Kimpalan gas tekanan rendah.
 2.Kimpalan gas tekanan tinggi.

Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yangmempunyai tekanan kurang dari 1.0psi atau 1.0Bar.
Manakala kimpalan gas tekanan tinggimenerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15Bar.Kegunaan kimpalan gas dalam industri.Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yangmelibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm.Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak. Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O ) dan asetilina (C H ). Campurankedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahan api yang lainnya.Suhunya boleh mencapai sehingga 3316 celcius

Gas OksigenGas oksigen tidak mempunyai warna , rasa dan bau. Ia juga merupakan sejenis gas yang dapatmembantu dalam proses pembakaran dan juga merupakan gas aktif yang boleh bertindakbalas keatas logam yang menyebabkan pengoksidanan berlaku ke atas logam berkenaan. Contohnya, pengkaratan ke
 atas keluli.Gas oksigen boleh dihasil melalui beberapa kaedah, iaitu:

1.Kaedah penyulingan udara (pemeringkatan udara)
2.Kaedah elektrolisis


Seterus tekanan akan akan di kurangkan sedikit demi sedikit dimana oksigen dalam bentuk cair akan bertukar menjadi gas lalu ditabungkan. Begitulah bagi gas-gas yang lainnya akan bertukar menjadi gas apabila tekanan dikurangkan dan ditabungkan untuk kegunaan yang lain.

Kaedah penyulingan udara adalah satu kaedah yang dilakukan secara komersial. Ianya dilakukan melalui proses pengasingan oksigen daripada udara yang dipanggil proses penyulingan udara cair yangtermampat pada ketekanan 206 bar (3000psi) iaitu pada suhu 160 celcius.Kaedah elektrolisis adalah satu proses penghasilan gas oksigen yang diperolehi melalui aruselektrik di dalam air. Proses ini sangat mahal dan tidak ekonomi untuk dikomersialkan. Gasoksigen akan disimpan dalam silinder keluli yang berwarna hitam dan lebih tinggi daripadasilinder asetilina. Ianya tidak bersambung dan berupaya menahan tekanan setinggi 3360 psi.Kerja-kerja kimpalan ini boleh mendatangkan kecederaan kepada pengimpal sekiranya kerjakimpalan tidak dilakukan dengan berhati-hati. Kecederaan ini boleh dielakkan jika pengimpalmemakai pakaian yang sesuai seperti pelindung mata, muka, kasut dan jaket khas.
Mengimpaldibilik yang tidak ada pengudaraan yang cukup tidak digalakkan. Pengimpal hendaklahmemastika semua kabel dan penyambungan terutamanya pemegang elektrod ada penebat yang baik. Terdapat dua jenis pelindung muka iaitu pelindung muka jenis tangan dan pelindung muka jenis kepala

PERALATAN KESELAMATAN

          
 PELINDUNGMUKA                 


Terdapat dua jenis pelindung muka iaitu pelindung muka jenis tangan dan pelindungmuka jenis kepala.


Pelindung muka diguna untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari terkena percikan arka.


Pelindung muka juga melindungi pengimpal dari pancaran ultra voilet yang bolehmembahayakan mata.



KASUT KESELAMATAN



Gunakan kasut yang bertutup dan bergetah untuk mengelakan daripada licin.


Untuk mengelakan terkena percikan api di kaki dan melecur 


Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripadagetah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam.


Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada hazard panas, hazard berat, bertekanan dantajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir



SARUNG TANGAN


Melindungi bahagian tangan daripada terkena benda panas dan melecur.


Ia digunakan untuk melindungi daripada hazard haba, haba kering dan api


 

APRON


 Untuk melindungi bahagian badan daripada haba panas dan mencegah kulit daripadaterbakar.


 Diperbuat daripada bulu kambing, kulit, fabric getah, neoprene dan plastik, fabrik beralas plumbum dan          fabrik  kapas berkait.


GOGEL


Mengelakkan percikan api daripada terkena mata.


Melindungi pengimpal dari pancaran ultra voilet yang boleh membahayakan mata.




 



AMALAN KESELAMATAN DAN PERATURAN

i.Pemakaian dan penampilan diri yang sesuai
ii. -Peka dan patuh pada arahan
iii.Laksanakan setiap aktiviti amali mengikut prosedur dan dibawah pemerhatian pakar                    iv.Pastikan keselamatan diri dan rakan-rakan diutamakan








Tiada ulasan:

Catat Ulasan